Khamis, 7 April 2016

Salam Blog!!

Memang terasa janggal untuk memulakan sesuatu yang baru - apatah lagi aku tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang itu.  Selalu hanya bertemankan dengan paparan di media sosial Facebook sahaja, tidak pernah sama sekali aku mencuba untuk mempunyai blog sendiri.  Bukan tidak pernah mencuba, aku pernah beberapa kali cuba untuk menghasilkan blog aku sendiri - namun untuk ke beberapa kali juga itulah nafsuku untuk terus berblogging ini terkubur tanpa nisan.  

Alhamdulillah, aku nak berkongsi serba-sedikit dalam blog aku ini mengenai pengalaman aku menjelajah atau lebih tepat lagi, mengembara ke satu tempat yang sememang-memang tidak pernah aku terfikir dan terbayang yang bahawasanya aku akan dapat sampai - bukan setakat sampai tapi tinggal di situ - bukan setakat tinggal tapi menjadi sebahagian daripada penduduk di situ.  Tempat yang aku maksudkan itu adalah New York, di Amerika Syarikat.  Susah untuk aku percaya bila pertama kali aku diberitahu yang aku akan dihantar bertugas di sana, namun untuk kesekian kali itu jugalah aku amat-amat bersyukur kerana banyak yang telah aku pelajari, aku kutip dan aku bawa pulang untuk aku semadikan dalam kotak memori aku.  Sesungguhnya ini merupakan pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila.


Jadi, aku harap kehadiran blog ini yang akan menceritakan serba-sedikit mengenai pengalaman aku di New York itu, akan dapat memberi gambaran dan juga mungkin maklumat-maklumat - manalah tahu mungkin ada di antara korang-korang yang akan ke sini suatu masa nanti.  Jadi, fasten your seatbelts everybody....mari bersama-sama aku kita mengembara ke New York.....Salam dari aku..

MOHD KHAN BIN MOHD JADI
237055


Kota Metropolitan - New York



Tapi sebelum tu, aku bila menyebut pasal New York ni, kalau terdengar lagu dari Frank Sinatra ni, mesti mengimbau kembali nostalgia aku dan family masa kat sana.  Aku nak share ngan korang lagu ni.  hehehhehe...





Ha, amacam....aku rasa miss sangat masa-masa kat New York! Seriuosly.  But, at least aku dah pernah jadi sebahagian dari New Yorkers kat sana.  Kalau korang nak tahu serba-sedikit pasal sejarah New York ni, aku lampirkan buat bacaan korang...sambil-sambil korang layan Frank Sinatra ni....

https://en.wikipedia.org/wiki/New_York_City






Tiada ulasan:

Catat Ulasan