Oh ya, perjalanan ke Miami ni mengambil masa 1 hari. Aku ke sana berkonvoi kereta dengan seorang kawan setempat kerja. Kami terpaksa bermalam di satu tempat yang aku dah lupa apa nama dia..itupun menyewa sebuah rumah dalam kawasan Universiti di situ, sebelum keesokannya menyambung semula perjalanan kami.
Semasa di Florida, kami menyewa di sebuah hotel yang telah kami tempah melalui on-line dan keadaan di hotel sungguh menyegarkan. Kami menyewa di situ agar dekat untuk kami berulang ke Disneyland nanti.
Aku tak boleh nak gambarkan macam mana seronoknya kami sekeluarga di Disneyland....biarlah hanya gambar berbicara!
Kalau dah sampai Florida, tak lengkap rasanya kalau tak singgah Miami kejap.....alang-alang dah sampai, kami pun sempat untuk singgah di Daytona - korang yang suka main game kereta tu mesti tahu Daytona tu apa....ha..tempat lumba kereta NASCAR.....hahahah.....macam-macam posing kami buat kat situ...maklumlah, takder orang..hehehehehe
So, at least walaupun aku tak sempat mengembara ke 50 buah wilayah dalam US ni, at least tempat-tempat menarik yang biasa tu aku dah cover. InsyaAllah, mana tahu One Sweet Day, mungkin ada rezeki aku berpeluang berkunjung kembali ke tempat ni...heheheh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan