Jumaat, 8 April 2016

New York....New York....

Pengembaraan aku dan famili sebenarnya bermula pada bulan Mei 2009.  Semasa itu, famili aku masih dalam skala kecil - aku, isteriku dan dua orang anak - Hanis dan Haziq.  Kedua-dua mereka pun masih kecil.  Kami bertolak dari KLIA dan penerbangan kami mengambil masa hampir 24 jam (1 hari) - berhenti di Stockholm, Sweden sebelum menyambung kembali perjalanan kami ke New York. Korang bayangkan 22 jam dalam kapal terbang - tak ker kematu punggung! Sepanjang masa kami habiskan dengan - TIDUR!!! Sebab, naik MAS, duduk di bahagian kelas Ekonomi...apalagi yang boleh kami buat!

Cuaca ketika sampai di bumi keramat New York ketika itu sudah masuk musim panas.  Untuk pengetahuan korang, New York ada empat musim:-

1. Musim Panas (Summer: Jun - September)

2. Musim Luruh (Fall: September - Disember)

3. Musim Sejuk (Winter: Disember - Mac)

4. Musim Bunga (Autumn: Mac - Jun)

Jadi, pengalaman aku semasa di New York, kalau nak berjalan pun time musim panas dan musim luruh sahajalah.  Musim sejuk, memang alamat korang berbungkus ler kat dalam rumah depan heater atau fireplace.  Musim bunga pun masih boleh keluar tetapi kena bawa payung, disebabkan hujan sepanjang masa. 


Pakaian time musim Fall - dan seram-seram sejuk time ni.

Time summer - santai hahahaha...



Time winter - tengok jelah gelagat anak aku yang no. 2 tu....tenggelam dek salji tebal!!



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEW YORK

Memang banyak sangat tempat-tempat menarik di New York ni. Macam nak giler kami tour masa 1st year kami di sana.  Keistimewaan di New York ni, walaupun pengangkutan awam dia banyak, tapi aku dan family lebih suka spend masa jalan kaki...sebab best.  Lagipun, bila berjalan di New York ni, apa yang korang semua perlu adalah Pasport (bagi yang travel) dan juga kad kredit/debit! Itu jer. Dekat sini, kebanyakan transaksi adalah secara swap kad kredit atau debit, sebab dorang kat sini tak menggalakkan penggunaan wang.  Tapi, still kedai-kedai macam yang kecil-kecil tu still beroperasi menggunakan wang.

Okaylah, aku nak bercerita tempat-tempat menarik yang mesti korang pergi jikalau korang berpeluang ke New York ni.  Yang pertama, dah tentulah Central Park.  Nak cerita ar, punyalah besar taman ni, dah memang tak pernah tak ada pengunjung kat sini.  Selalunya, time-time yang best pergi adalah time fall...sebab apa, sebab korang boleh tengok longgokan daun-daun kering di taman tu.


Kenangan bersama sebahagian rakyat Malaysia di Central Park

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Central Park ni, korang boleh klik info di bawah ni:

http://centralpark.org/

nah, aku belanja sikit gambar-gambar Central Park ni....time musim luruh...oh ya, lupa nak bagitahu, kat Central Park ni pun ada zoo.  Kalau korang pernah tengok cerita kartun Penguin from Madagascar tu.....ha macam tulah dia punya zoo....hehehehe......





Next on list, adalah Times Square.  Yeah, nilah tempat lepak kami untuk pengetahuan korang masa kat sana dulu.  Tak kira ler time panas ker, sejuk ker....tetap syok lepak situ.....kadang-kadang tu pergi sahaja...tak ada apa buat....gi beli air Hot Choc dan Bagel satu...pastu lepak tengok orang.  Yang bestnya kat sini, untuk penggemar teater atau Broadway...sinilah syurga dia....macam-macam teater....dari Lion King, Sound of Music hinggalah yang latest-latest.






Yang bestnya kat Time Square ni ialah bila mana di ambang tahun baru.  Bayangkan, 1 juta orang akan memenuhi ruangan ini untuk sambutan tu.  Alah, yang macam korang tengok dalam TV tu....yang bola elektrik tu naik serentak countdown.  Aku pernah merasa suasana menyambut tahun baru tu, tetapi memang azab ar...ramai giler...dekat sini juga, setiap kali musim panas, ada gerai-gerai macam kira Pasar Tani atau Pasar Karat ar kat Malaysia ni.  Time ni aku giler beli T-Shirt...sebab susah nak dapat design kat sini.  Saiz aku yang besar ni, memang heaven ar kat sini.....So, tu ha, gambar last tu...kalau korang berkesempatan berkunjung ke sini, jangan lupa pergi Hard Rock tu......heheheheh....buat koleksi.




Seterusnya, kita turun ke bawah sikit....yer....kita ker Pulau Ellis....di mana di sini terletaknya tugu peringatan Statue of Liberty.  Tugu yang mengikut cerita adalah hadiah daripada kerajaan Perancis ini mesti menjadi salah satu dari destinasi on the list korang kalau berkunjung ke New York.  Tak seronok rasanya kalau tak dapat tengok dan merasai sendiri dengan jelas mengenai tugu ini.  Aku berkesempatan sekali jer ker sana....walaupun duduk di Manhattan, tapi oleh kerana kekangan masa dan kesibukan kerja, jarang sekali dapat melawat tempat-tempat ni.

Yer, untuk ke Tugu ni, korang kena naik feri yang akan membawa korang pusing pulau-pulau di situ.






Ha!..Amacam...tak teruja ker...heheheheh...kalau korang tak percaya...aku lagi tak percaya aku boleh sampai ke sini...heheheheheh.....tapi, tulah.....rezeki.....at least, benda yang selama ni aku tengok kat kaca tv jer hehehehe.....aku dah posing sakan dah depan tugu ni.....kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh jer klik link yang aku bagi kat bawah ni:-

http://www.nyctourist.com/liberty1.htm


Okay, kita naik ke Midtown semula....sekarang aku nak bawak korang semua ke tempat atau bangunan yang biasanya akan sibuk dari bulan September membawak ler ke Disember setiap tahun.  Mana tidaknya, tanggal yang aku cakapkan tadi adalah Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu atau ringkasnya PBB.  Yer, bangunan yang aku maksudkan adalah bangunan UN.  Actually, bangunan ni dekat jer ngan opis dan boleh nampak dari rumah aku masa tu.  Dalam 5 minit dari rumah dan 2 minit dari opis.  Dekat sangat..heheheheh...even macam tu pun, korang percaya tak yang aku masuk perkarangan bangunan tu pun tiap-tiap hari Jumaat - gi solat Jumaat.

Tapi, seperti yang aku cakapkan tadi, tempat ni akan mula sibuk pada bulan September onwards. Rombongan dari Malaysia pun tengok ar....kadang-kadang PM kita....tapi kadang-kadang Menteri Luar.  So, time ni pun aku bz sikit ar...balik lewat malam.




Okay, lepas ni, aku nak bawak korang semua ke tempat berkumpulnya semua keretapi-keretapi di New York ni.  Yer, Grand Central ataupun ala-ala Grand Sentral, Kuala Lumpur.  Tempat ni pun punyalah maharaja besar.  Berlapis-lapis dalam tu.  Ada kedai-kedai makanan, jualan dan lain-lain.  Grand Central ni juga selalu menjadi tempat pengarah-pengarah filem di sana untuk shooting kat dalam tu.  Bercerita mengenai Grand Central dan keretapi ni, pengangkutan yang paling utama di New York selain teksi dan bas adalah Subway atau keretapi bawah tanah.  Sini juga tempat berkumpulnya keretapi-keretapi rentas bagi menghubungkan satu wilayah dengan satu wilayah.  Korang mesti teruja punya, melihatkan keadaan di dalam Grand Central ni.





Okay, mungkin ada lagi tempat-tempat menarik yang aku tak sempat nak cerita pada korang....tapi takper...korang jangan risau......korang layan dulu lagi ni....sebagai selingan...aku akan kepilkan website tempat-tempat menarik untuk korang lawat semasa di New York!



Okay, seperti yang aku janjikan...nah!

http://www.planetware.com/tourist-attractions-/new-york-city-us-ny-nyc.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan