Kami ke sana menaiki kereta. Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam. Yelah, highway di US bukan macam di Malaysia. Jalannya, aduh....berliku-liku dan banyak macam melalui jalan-jalan lama. Akhirnya, setelah hampir 10 jam dalam kereta, kami pun sama di Ottawa, Kanada. Kami kena keluar dari kereta masa melalui checkpoint di situ. Semua kena turun, tak ada pengecualian...termasuk anak-anak kecik aku ni...yang masa tu tengah sedap tidur..hehehehhe
Okay, semasa di sana, aku dan family berkesempatan melawat air terjun Niagara Falls....airnya....mak ai....laju dan deras betul. Berkesempatan juga naik feri untuk merasai sendiri bagaimana bila melalui air terjun tu.
Memang rasa taksub sangat bila dalam feri tu.....sebabnya, yang paling thrill ialah apabila sampai kat jurang air dari atas tu, pemandu feri tu akan matikan enjin buat seketika dalam 15 minit, bagi memberi peluang kepada para penumpang merasai gegaran dan ombak air di bawah. Memang kecut perut jugak, sebab aku dok takut kalau feri tu terbalik..hahahahahah...tapi, itulah, satu pengalaman yang sukar aku lupakan sampai bila-bila....
Bergambar sebelum naik Feri |
Keadaan masa dalam Feri...hahaha...basah kuyup....nasib ada ponco! |
Untuk makluman korang, Niagara Falls ni ada sempadan. Masa aku dan family pergi, aku menetap di hotel di sebelah Kanada. Kalau korang nak pergi, aku suggest cari mana-mana hotel yang sebelah Kanada, sebab sebelah Kanada happening sikit! Kalau belas US tu, boleh juga, tapi tak sama kemeriahannya macam di sebelah Kanada. Lepas dari situ, kami meronda-ronda di sekitar kawasan tersebut!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh google link yang aku sertakan kat bawah ni mengenai Niagara Falls ni....
https://en.wikipedia.org/wiki/Niagara_Falls
Okay, gambar-gambar di atas adalah gambar rentas masa kami melalui terowong di bawah air terjun Niagara tu. Tapi sayang, kami tak boleh mendekati air tu sebab masa tu tengah renovation. Tapi masa kat dalam terowong tu, bunyi air yang mencurah tu....mak aih.....takut dibuatnya....
Gambar-gambar kami semasa mengelilingi sekitar kawasan Niagara Falls! Kalau korang nak tengok lebih dekat mengenai air terjun Niagara ni, aku ada sisipkan video Youtube.
Okay. Lepas dari Niagara tu, kami bergerak ke utara sikit....melawat bandar Ottawa. Bandar Ottawa adalah merupakan bandar pentadbiran bagi Kanada. Kerana itulah, bandar ini saling tak tumpah macam kat Putrajaya. Kami berkesempatan melawat menara jam di situ dan melihat kawasan-kawasan sekeliling.
Musim bunga Tulips masa ni....cantik giler!!! |
Okay, ni gambar-gambar dorang masa kat atas Menara tu....ish...nasib ler aku tak naik..kalau tak kencing berdiri aku..hahahahahahahaha
Anak aku baring atas lantai gelas kaca....pergh...seriau aku.... |
Aku ada sisipkan video dari Youtube ni, kalau korang nak tengok lagi real pasal Menara CN ni!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan