Ahad, 10 April 2016

Pengalaman di Disneyland, Florida

Hmmm....macam mana korang semua? Okay? Bila lagi nak pergi ni..hehehehe....nah, aku bakor lagi korang semua. Aku nak menceritakan pengalaman aku berkesempatan ke Disneyland, yang terletak di Florida.  Aku berkesempatan di sana, itupun lagi sebulan sebelum aku nak balik menamatkan tugasan aku di sini. Alhamdulillah, mungkin rezeki bagi kesemua anak-anak aku, yelah, walaupun ada yang masih kecil, tapi bila mereka tengok balik gambar-gambar ni bila mereka besar, mereka pasti bangga sebab at least mereka dah pernah sampai ke Disneyland.

Oh ya, perjalanan ke Miami ni mengambil masa 1 hari.  Aku ke sana berkonvoi kereta dengan seorang kawan setempat kerja.  Kami terpaksa bermalam di satu tempat yang aku dah lupa apa nama dia..itupun menyewa sebuah rumah dalam kawasan Universiti di situ, sebelum keesokannya menyambung semula perjalanan kami.

Semasa di Florida, kami menyewa di sebuah hotel yang telah kami tempah melalui on-line dan keadaan di hotel sungguh menyegarkan. Kami menyewa di situ agar dekat untuk kami berulang ke Disneyland nanti.  










Punyalah besar Disney World ni.....satu hari suntuk kat situ...itupun tak cukup lagi....sebab besok pergi ke Disney Kingdom pulak...pendek kata, siapkan duit jelah....sebab dalam tu...macam korang gi Legoland jugak..makan minum semua mahal..heheheh

Aku tak boleh nak gambarkan macam mana seronoknya kami sekeluarga di Disneyland....biarlah hanya gambar berbicara!















Kalau dah sampai Florida, tak lengkap rasanya kalau tak singgah Miami kejap.....alang-alang dah sampai, kami pun sempat untuk singgah di Daytona - korang yang suka main game kereta tu mesti tahu Daytona tu apa....ha..tempat lumba kereta NASCAR.....hahahah.....macam-macam posing kami buat kat situ...maklumlah, takder orang..hehehehehe












So, at least walaupun aku tak sempat mengembara ke 50 buah wilayah dalam US ni, at least tempat-tempat menarik yang biasa tu aku dah cover.  InsyaAllah, mana tahu One Sweet Day, mungkin ada rezeki aku berpeluang berkunjung kembali ke tempat ni...heheheh

Mengembara ke Kanada

Okay, aku rasa aku nak juga berkongsi pengalaman aku mengembara naik ke upperstate - ke Kanada.  Yer, aku dan famili berkesempatan untuk melawat negara jiran US ini seingat aku pada bulan April 2010.  Ketika itu,aku menyewa kenderaan untuk ke sana.  Untuk ke Kanada pun, kami kena endorse pasport kami, tapi Alhamdulillah, semua okay.  

Kami ke sana menaiki kereta.  Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam. Yelah, highway di US bukan macam di Malaysia.  Jalannya, aduh....berliku-liku dan banyak macam melalui jalan-jalan lama. Akhirnya, setelah hampir 10 jam dalam kereta, kami pun sama di Ottawa, Kanada.  Kami kena keluar dari kereta masa melalui checkpoint di situ.  Semua kena turun, tak ada pengecualian...termasuk anak-anak kecik aku ni...yang masa tu tengah sedap tidur..hehehehhe


Okay, semasa di sana, aku dan family berkesempatan melawat air terjun Niagara Falls....airnya....mak ai....laju dan deras betul. Berkesempatan juga naik feri untuk merasai sendiri bagaimana bila melalui air terjun tu.  









Memang rasa taksub sangat bila dalam feri tu.....sebabnya, yang paling thrill ialah apabila sampai kat jurang air dari atas tu, pemandu feri tu akan matikan enjin buat seketika dalam 15 minit, bagi memberi peluang kepada para penumpang merasai gegaran dan ombak air di bawah.  Memang kecut perut jugak, sebab aku dok takut kalau feri tu terbalik..hahahahahah...tapi, itulah, satu pengalaman yang sukar aku lupakan sampai bila-bila....



Bergambar sebelum naik Feri

Keadaan masa dalam Feri...hahaha...basah kuyup....nasib ada ponco!

Untuk makluman korang, Niagara Falls ni ada sempadan.  Masa aku dan family pergi, aku menetap di hotel di sebelah Kanada.  Kalau korang nak pergi, aku suggest cari mana-mana hotel yang sebelah Kanada, sebab sebelah Kanada happening sikit!  Kalau belas US tu, boleh juga, tapi tak sama kemeriahannya macam di sebelah Kanada.  Lepas dari situ, kami meronda-ronda di sekitar kawasan tersebut!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh google link yang aku sertakan kat bawah ni mengenai Niagara Falls ni....

https://en.wikipedia.org/wiki/Niagara_Falls








Okay, gambar-gambar di atas adalah gambar rentas masa kami melalui terowong di bawah air terjun Niagara tu.  Tapi sayang, kami tak boleh mendekati air tu sebab masa tu tengah renovation.  Tapi masa kat dalam terowong tu, bunyi air yang mencurah tu....mak aih.....takut dibuatnya....














Gambar-gambar kami semasa mengelilingi sekitar kawasan Niagara Falls!  Kalau korang nak tengok lebih dekat mengenai air terjun Niagara ni, aku ada sisipkan video Youtube.



Okay.  Lepas dari Niagara tu, kami bergerak ke utara sikit....melawat bandar Ottawa.  Bandar Ottawa adalah merupakan bandar pentadbiran bagi Kanada.  Kerana itulah, bandar ini saling tak tumpah macam kat Putrajaya.  Kami berkesempatan melawat menara jam di situ dan melihat kawasan-kawasan sekeliling.











Musim bunga Tulips masa ni....cantik giler!!!

Lepas dari tu, keesokannya, kami bergerak pula ke Toronto, di mana kami berkesempatan untuk melawat kawasan sekeliling.  Selepas itu, kami bergerak untuk melihat Menara CN di situ.  Menara CN kini adalah merupakan menara ke-3 tertinggi di dunia.  Ini yang best, disebabkan oleh gayat dan takut tinggi, aku tak naik menara tu......yang perempuan-perempuan dan anak-anak jer naik.....hahahahaha..hampeh....yang kaum bapak-bapak lepak kat bawah jer....















Okay, ni gambar-gambar dorang masa kat atas Menara tu....ish...nasib ler aku tak naik..kalau tak kencing berdiri aku..hahahahahahahaha












Anak aku baring atas lantai gelas kaca....pergh...seriau aku....











Aku ada sisipkan video dari Youtube ni, kalau korang nak tengok lagi real pasal Menara CN ni!